Demi Secebis Damai Travel Record

Full width home advertisement

Travel the world

Climb the mountains

Post Page Advertisement [Top]

 Roma, Florence, Pisa.

Rome

Kali ini kami join conference di Rome, sempatlah untuk bercuti di Italy. Seperti biasa, bila ke conference tak perlu untuk cari travel agensi tu sume, cari je sendiri macam mane. Research sebelum ke sesuatu tempat sangat penting.
Bertolak ke KLIA jam 12mlm, flight jam 2.40pg. Penerbangan lebih kurang 7jam ke DOHA + ke Rome yang mana 6jam flight. 7 jam dalam flight, sampai Doha baru pkol 5.30pg..., panjang betol waktu malam kali ni.
Tiket Qatar masa promosi berharga rm2435.90 pergi balik.
Perjalanan plus transit makan masa hampir satu hari
  • Sekiranya menggunakan Qatar Airways, amik transik lebih 7 jam boleh join Doha Free Tour
  • Jangan lupa print ticket pergi balik, kadang-kadang mereka nak tengok.
Kaunter Free Tour ni menghala ke Gate B


Dari FOC airport untuk ke Termini (Main Railway Station) boleh mengunakan Leonardo Express (LE) 14euro non stop atau train line FM1 8euro ke Ostiense, kemudian boleh ambil Metro, Tram atau yang mana sesuai, bergantung kepada tempat penginapan. Kami gunakan train FM1 8euro untuk ke Ostianse, dari Ostiense kami ambil Metro line B ke Termini dgn harga 1.5euro. Total 9.5euro seorang.
  • Berhati-hati terutama pada waktu malam, selalu perhatikan orang sekeliling yang mungkin mengikuti anda.
  • Elakkan menerima pertolongan orang lain terutama apabila membawa banyak barang atau beg.
  • Orang Italy ni tak 'friendly' sangat.
  • Jangan terima bunga rose nanti kene bayar, mereka juga mungkin cuba letakkan di poket anda.
  • Jangan bergambar dengan 'Gladiator' melainkan anda memamg banyak duit. 
  • Jangan minta tolong orang ambil gambar, mungkin kene charge nanti.

Agak tak tentu hala jugak la bila diikori oleh beberapa orang di selepas sampai ke Ostiense dari airport. Tuka plan dari amik tram ke apartment, naik Metro yang ada depan mata. Masa tu dah malam, dah sampai Termini..Berjalan la ke apartment, tiba-tiba ada pulak orang datang sapu-sapu baju dari kotoran...Kotoran dari mane datangnye tu takpasti, mungkin tak sengaja mungkin juga sebaliknya. Yang pasti kami abaikan kotoran yang agak teruk dibelakang tu dan terus berjalan...Lelaki tu hilang selepas seketika mengekori sambil ofer tisu...

Penginapan Di Rome

Untuk penginapan kami gunakan Air Bnb, sangat berbaloi sekiranya travel dalam kumpulan. Boleh dapat dari RM90 keatas satu malam. Penginapan selesa, private, ada dapur, wifi dan keperluan lain.
Bilik Kami
Kawasan apartment


Transportation di Rome

Menggunakan metro, tram dan bas di Rome tidaklah susah. Beli sahaja tiket samaada:
  1. Tiket sekali naik Metro @ boleh guna dalam 100minit untuk tram. 1.5euro
  2. Tiket 24jam dari validation, boleh naik unlimited semua train dan bas. 7euro
  3. Tiket 48jam dari validation, Ulimited naik semua train dan bus dalam Rome
Takperlu risau salah station, unlimited untuk 24jam


Jalan kaki pon boleh contohnya ambil Metro ke Spagna boleh jalan kaki ke >  Spannish Steps dan Piazza d Spagna > Sant' Angelo castle > Piazza Navona > Pantheon > Trevi Fountain > Metro Barberini.

Ambil masa dari pagi hingga tengah hari, sampai di Trevi Fountain boleh cari Luca Caprece untuk makan tengah hari. Pizzanya sedap. dan boleh cari-cari kedai gelato. 
Jangan lupa pakai kasut yang sesuai untuk jalan-jalan.

Makanan Di Rome.

Di Rome xperlu risau bab makanan halal, banyak restoran halal terutamanya di sekitar Termini. Rugi kalau tak cuba sekurang-kurangnya Pizza dan spageti kalau dah sampai Italy.
Boleh tengok kat sini untuk Halal Restaurant Di Rome


Tempat- Tempat Menarik Di Rome

1. Colosseum, Roman Forum dan Palatine Hill
Tempat paling femes tentulah Colosseum. Tak sampai Rome namanya kalau tak singgah Colosseum. Dah sampai ambil gambar depan belakang atas bawah luar dalam...

Pandangan dari Colosseum

Roman forum ni bangunan goverment zaman-zaman dulu.


Palatine Hill ni ditengah-tengah seven hill yang mana dikatakan disinilah Rome mendapat nama.


2. Vatican City
Ustaz kata, boleh kalau sekadar untuk lawatan sahaja.
Vatican City


3. Mosque Of Rome @ Masjid Al Huda
Satu-satunya masjid yang boleh di dapati di Rome dan merupakan masjid yang terbesar di Europe setakat ni. Melawat gereje boleh, takkan pergi masjid tak boleh kan. Hari biasa kosong ja, macam xdak orang. Tapi hari Jumaat sangat meriah. Naik Train ke Campi Sprotivi, senang ja nak sampai walaupun agak jauh dari Central Rome.

Selepas Solat Jumaat


Masjid Rome
Gerai- gerai di luar kawasan masjid.



4. Piazza Navona dan Fountain of Four Rivers
Piazza Navona adalah salah satu dataran yang terkenal di Rome kerana dikelilingi ol
eh bangunan lama yang sangat cantik. Ada 2 fountain boleh di dapati kat sana, salah satunya ialah Fountain of Four Rivers. Dikatakan dahulu kala air dalam fountain tu datangnya dari empat sungai dari empat benua, iaitu dari Sungai Nil dari Afrika, Sungai Gangga dari Asia, Danube dari Europe dan Rio de la Plata dari Amerika.  Nile, Dove, Lion, Ganges...
Fountain Of Four River.


5. Pantheon
Pantheon adalah merupakan salah sebuah gereja lama di Rome. Hanya jalan kaki saja dari Pizza Navona, Dah sampai Pantheon, masuk je lah, tiada bayaran masuk dikenakan. Gereja masih aktif digunakan.


6. Trevi Fountain
Fountain yang paling terkenal, dikatakan lebih 3000euro syiling sehari dicampakkan ke dalam tu. Ramainya pelancong tak payah cerita lah, orang kata kalau musim panas lagi ramai pelancong.
Trevi Fountain - Picture Dari Google


7. Spannish Steps dan Piazza d Spagna
Salah satu tarikan di Rome ialah Spannish Steps, actually hanya tangga menuju ke gereja.

Dari atas...dkt gereja



Banyak lagi tempat-tempat lain, berjalan di Rome ni macam berjalan kat muzium...

Sant' Angelo Castle
Galata Bridge 


Selepas tu kami ke Florence dan Pisa. 

Bersambung...



Mohon komen/share atau ape2 je untuk diimprove. Sekian

1 comment:

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib