Demi Secebis Damai Travel Record

Full width home advertisement

Travel the world

Climb the mountains

Post Page Advertisement [Top]

Conference and bercuti di Turki


Sebut saja Turki, bagi muslim, Turki memang banyak menyimpan peninggalan Islam, terutama masjid dan gereja2 lama yg juga dijadikan masjid dan banyak peninggalan yang beribu-ribu tahun usianya.

Alhamdulillah, kami berkesempatan melawat istanbul kerana adanya conference di Olundeniz, Turki. Flight ada banyak pilihan, yang termurah dan paling sesuai mase tu naik Emirates. Mase promosi, kalau bernasib baik bole dpt serendah rm2200 untuk emirates atau Qatar airlines.


Antara menu Emirates, bole mkn sambil tgk movie..
main game pon bole..


Emirates juga ade tunjukkan arah kiblat bila tiba waktu solat.



Istanbul Atatürk Airport

Keluar sahaja dari airport terus bergerak cari Havas Bus untuk ke Taksim Square. Atau naik ja Train diorang.
Taksim square


Kalau stay dekat area Sultanahmeet. Senang, sebab jalan kaki saja ke tourist spots yg femes2. Hagia Sophia, Blue Mosque, Topkapi Palace, Grand Bazar, Spice Bazar, Basilica Cistern, Gulhane Park. Nak ke Eminonu pun tak jauh jugak, bukan tu je, trus jalan sampai ke Galata Tower then jalan lg sampai ke taksim..Byk tempat dan kedai-kedai sepanjang perjalanan tu..Kami stay kt area taksim...Dari Taksim dkt ja utk trus naik tram ke Sultanahmeet.

Boleh tengok senarai train station terdekat disini




Pemandangan dari Galata Tower, biasanya
 org pergi utk tgk sunset.

Topkapi Palace

Blue Mosque


Mase ni baru lps tulip festival

Malam2 ni sejuk skit....


Transportation di Istanbul

Naek ja tram,funicular n lain2. Boleh pakai jeton atau istanbulkart. Jeton tu macam token LRT kt kl skarang. Harga sama ja 2lira mana ke mana-mana destinasi. Istanbulkart tu kad. Kalau stay lama, beli je Istanbulkart, lg jimat n senang.

Xsempat nk merase naik tram ni, jln2.


Klik sini untuk Istanbul railway route. Boleh la listkan ke mana nk jalan dulu, contohnye, kami turun di station Sultanahmeet untuk ke Hagha Sofia, Blue Mosque, dan seterusnya kami jalan kaki je.



Try roti istanbul


Naik teksi kt istanbul agak mahal, dah try sekali mmg terase jauh nak sampai, esok nya bru nampak..kalau jln kaki 10minit dah sampai. Time tu xpasti arah mana and hari dah gelap.
Kalau nk drive kt turki kne ade lesen antarabangsa.


Makanan di Istanbul.
Datang turki kebab la makanannye..ni antara makanan yang patut rase bila dah kat Turki.

  • Doner Kebab -  kebab turki yang berupa daging dihiris nipis-nipis berserta salad. 
  • Kumpir - ialah kentang bakar yang besar, ditengahnya diletak pelbagai jenis bahan seperti buah zaitun, keju, sosej, mayonis, salad dan lain-lain. 
  • Balek Ekmek - Balek (Ikan), Ekmek (Sandwich). Balik Ekmek boleh didapati di kedai-kedai sekitar Galata Bridge. Sedap juga, perah jus lemon atas ikan tu.
Balek Ekmek
  • Pide - Pizza Turki. Roti macam pizza biasa tapi sedikit crunchy, dan toppingnya pun kita boleh pilih ikut kehendak atau berdasarkan menu.

  • Hamsi -  ikan goreng celup tepung. Masuk mulut sekor-sekor, macam keropok lekor tapi ianya ikan. Cari restoran yang ada tlis "Balek" (ikan).
  • Lokum- Kuih tradisi Turki, kebanyakannya manis dan ada berbagai kekacang.
  • Mantar Dolmasi -Stuffed Mushroom dibakar dengan keju, dan ada sos.
Mantar Dolmasi

Dah makan, excersise skit....Jalan-jalan..

Yang ni da lupe namenye, tp masjid la..hehe

Lorong-lorong kt sini menarik, so xbosan walaupon jalan kaki.





Untuk ke Oludeniz, kami naek flight Pegasus dari Sabiha Gokcen Airport .
Kebayakan flight domestik ade kt sini. Di sini takde Metro. So naek Havatas Bus dari Taksim.
Oludeniz ni femes dgn skysport paragliding, bole la try gugle2 or tgk kt youtube paragliding kt oludeniz.

Ni dari gugle je, xg pon..


Jln2 kt oludeniz



Ni tgu dinner kt hotel.



Tak susah pon nk jalan2 kt istanbul ni. Tp berhati-hati lah bila travel kemana2pn. Kalau ade rezeki, sampai lg la kt sini demi secebis damai. 
Stay 4 hari untuk conference, sambil jln2 kt Oludeniz. Habis tu terus ke istanbul semula.. Lain kali boleh plan ke tempat-tempat lain pulak di Turki ni.


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib